POLISI PRIVASI

FUJIFILM (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Syarikat” atau “Kami”) adalah terikat kepada perlindungan privasi data, ketelusan dan pilihan orang perseorangan yang melawat laman web ini (“Anda”).

DENGAN MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI, ANDA MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADA KAMI UNTUK MEMUNGUT DAN MENGGUNAKAN DATA PERIBADI TERSEBUT SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM POLISI PRIVASI INI.

Selaras dengan Seksyen 7(3) Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010, Polisi Privasi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang konflik, ketakkonsistenan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, maka terma-terma dalam versi Bahasa Inggeris akan kekal terpakai.

  1. PENGGUNAAN
  2. MEMPROSES DATA PERIBADI ANDA
  3. MAKLUMAT PEMBAYARAN & BUTIRAN KAD KREDIT ANDA
  4. KUKI LAMAN WEB
  5. MENGAKSES DAN MENGUBAH DATA PERIBADI ANDA & MENUTUP AKAUN ANDA
  6. PEMBATASAN LIABILITI KAMI & TANGGUNGJAWAB ANDA
  7. PERUBAHAN-PERUBAHAN KEPADA POLISI PRIVASI INI
  8. MAKLUMAT HUBUNGAN

I. PENGGUNAAN

Polisi Privasi ini adalah terpakai kepada Data Peribadi yang dipungut, digunakan, didedahkan dan diproses (secara kolektif disebut, "Diproses") oleh laman web Kami. Data peribadi yang sedemikian akan diproses menurut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 "Akta”) seperti yang dipinda dari semasa ke semasa dan versi yang relevan yang berkuatkuasa pada masa penggunaan Polisi Privasi ini termasuk undang-undang subsidiari, piawaian dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia.

II. MEMPROSES DATA PERIBADI ANDA

Data peribadi anda bermaksud sebarang maklumat (termasuk data peribadi sensitif seperti yang ditakrifkan dalam Akta) yang daripadanya (atau data lain yang sedemikian dalam gabungan dengan lain-lain maklumat yang mana Kami boleh mengaksesnya) Anda boleh dikenalpasti (“Data Peribadi”). Data Peribadi tidak termasuk data tanpa nama. Sekiranya Anda memilih untuk tidak berkongsi sebahagian atau sepenuhnya Data Peribadi Anda dengan Kami, Kami tidak akan dapat menyediakan produk-produk dan/atau perkhidmatan yang Anda minta.


A. Jenis-Jenis Data Peribadi Yang Diproses

Jenis-jenis Data Peribadi yang Kami pungut daripada Anda termasuk yang berikut:-


1) Data Identiti & Hubungan

  • Pangkat & Nama;
  • Nama Pengguna atau pengenal pasti yang seumpamanya
  • Versi tersulit log masuk/kata laluan Anda;
  • Nama Pengguna media sosial (hanya jika Anda berinteraksi dengan kami melalui media sosial);
  • Alamat-alamat pengebilan dan penghantaran;
  • Nombor-nombor telefon;
  • Alamat-alamat e-mel;

2)Data Profil dan Pemasaran & Komunikasi

  • Pembelian atau pesanan yang dibuat oleh Anda;
  • Pilihan komunikasi umum;
  • Pilihan pemasaran (termasuk dalam menerima pemasaran langsung daripada Kami dan rakan-rakan perniagaan pihak ketiga Kami);
  • Maklum balas;
  • Respons Tinjauan;
  • Tarikh lahir;
  • Jantina;
  • Kewarganegaraan; dan
  • Sebarang data profil lain yang menggunakan analisis dan pemprofilan.

3)Data Urus Niaga

  • Butiran pembayaran kad kredit;
  • Butiran pembayaran termasuk butiran produk dan perkhidmatan yang Anda telah beli daripada kami.

4)Data Teknikal & Penjejakan

  • Alamat IP;
  • Sistem operasi dan platform;
  • Jenis dan versi pelayar;
  • Jenis-jenis dan versi-versi palam masuk pelayar;
  • Data log masuk;
  • Zon waktu dan lokasi;
  • Maklumat yang dipungut berkenaan Anda daripada kuki dan teknologi penjejakan yang seumpamanya seperti piksel, mata arah web atau lain-lain pengenal pasti mudah alih; dan
  • Sebarang teknologi peranti lain yang Anda gunakan untuk mengakses laman web ini.

B. Kaedah-Kaedah Memungut Data Peribadi Anda

Kami menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk memungut Data Peribadi Anda:-


1)Interaksi Langsung dengan Anda


Anda memberikan Data Identiti & Hubungan, Data Profil dan Pemasaran & Komunikasi & Data Urus Niaga kepada Kami dengan berkomunikasi dengan kami (termasuk melalui media sosial) apabila Anda:-


  • membuat pertanyaan atau meminta maklumat dihantar kepada Anda;
  • mencipta akaun di laman web Kami;
  • mengisi sebarang borang dalam laman web Kami;
  • mencipta rekaan untuk produk-produk di laman web Kami;
  • membuat pesanan untuk produk-produk dan/atau perkhidmatan Kami melalui laman web Kami;
  • menghubungi perkhidmatan pelanggan Kami;
  • membuat ulasan atau komen tentang produk dan perkhidmatan Kami;
  • meminta supaya bahan-bahan pemasaran langsung dihantar kepada Anda; atau
  • menyertai mana-mana promosi, kaji selidik dan/atau pertandingan Kami;

2)Pungutan Secara Automatik


Data Teknikal & Penjejakan boleh dipungut secara automatik apabila Anda menggunakan laman web Kami atau apabila Anda klik pada mana-mana iklan kami termasuk iklan-iklan rakan perniagaan pihak ketiga Kami yang dipaparkan di laman web kami.


C. Cara Kami Menggunakan Data Peribadi Anda

Data Peribadi Anda akan digunakan bagi tujuan-tujuan yang berikut:


  • Untuk mengesahkan identiti Anda apabila Anda log masuk ke akaun Anda;
  • Untuk memudahkan pembelian barangan dan perkhidmatan dalam talian bagi meningkatkan pengalaman beli-belah Anda;
  • Untuk menilai pilihan-pilihan laman web Anda bagi menambah baik kandungan laman web Kami dan kaedah-kaedah pemasaran dan komunikasi Kami untuk disesuaikan dengan minat Anda;.
  • Untuk menghantar bahan-bahan pemasaran melalui e-mel dan pemberitahuan semasa kepada Anda;
  • Untuk menjawab pertanyaan Anda, memberi respons kepada komen dan maklum balas Anda atau memberikan bantuan kepada Anda dalam sebarang cara;
  • Untuk melaksanakan sebarang tindakan yang perlu untuk kepentingan Kami yang sah dan/atau pihak ketiga dengan syarat hak-hak asas Anda tidak mengatasi kepentingan tersebut, seperti tindakan untuk mencegah penipuan, kecurian atau sebarang salah laku berat lain, tingkah laku anti-sosial atau jenayah; atau
  • Untuk membolehkan kami mematuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia.

D. Pendedahan Data Peribadi Anda

1)Berkongsi Data Peribadi Anda dengan Pihak-Pihak Ketiga


Kami tidak pernah menyewakan atau menjual Data Peribadi Anda kepada sesiapapun. Walau bagaimanapun, Kami mungkin akan berkongsi Data Peribadi Anda dengan pihak-pihak ketiga tertentu yang diupah oleh Kami bagi menyediakan produk dan perkhidmatan Kami seperti penyedia-penyedia perkhidmatan memproses bayaran, pengiklan-pengiklan, lain-lain rakan peniaga, syarikat-syarikat kumpulan Kami(“Pihak Ketiga Yang Dibenarkan”). Kami akan mendedahkan Data Peribadi Anda kepada Pihak Ketiga Yang Dibenarkan selaras dengan terma-terma Polisi Privasi ini dan hanya apabila mereka telah bersetuju dengan Kami:


  • untuk menggunakan Data Peribadi Anda hanya bagi tujuan yang telah dipersetujui terlebih dahulu dan setakat mana Memproses Data Peribadi Anda adalah perlu untuk menyediakan produk dan/atau perkhidmatan;
  • untuk tidak menyewa, menjual Data Peribadi Anda kepada mana-mana pihak ketiga yang lain; dan
  • untuk tidak mendedahkan Data Peribadi Anda kepada mana-mana pihak ketiga lain kecuali apabila dikehendaki oleh undang-undang.

2)Pemindahan Data Rentas Sempadan


Kami ialah sebuah kumpulan syarikat global dan mempunyai pangkalan-pangkalan data di banyak negara, sebahagiannya dikendalikan oleh salah satu daripada rakan-rakan bersekutu kami atau oleh pihak-pihak ketiga bagi pihak mereka. Kami mungkin akan memindahkan Data Peribadi Anda kepada salah satu pangkalan data Syarikat di negara lain. Kami akan memastikan semua pemindahan data rentas sempadan adalah mematuhi Polisi Privasi ini dan undang-undang dan peraturan yang terpakai. Sekiranya Data Peribadi Anda dipindahkan ke negara-negara yang mungkin tidak memerlukan satu tahap perlindungan yang mencukupi untuk Data Peribadi Anda berbanding dengan tahap yang disediakan oleh , kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan tahap perlindungan data yang berkesan


E. Pengekalan Data Peribadi Anda

Syarikat akan mengekalkan Data Peribadi Anda bagi melaksanakan Akta tersebut. Kami akan berhenti mengekalkan Data Peribadi Anda atau mengeluarkan cara-cara yang mana sebarang maklumat boleh dikaitkan dengan Data Peribadi Anda sebaik sahaja pengekalan data tidak lagi digunakan bagi tujuan ia dipungut dan tidak lagi diperlukan bagi tujuan undang-undang atau perniagaan.


F. Langkah-Langkah Keselamatan

Data Peribadi Anda yang diberikan akan diuruskan dalam cara yang sewajarnya di bawah tanggungjawab setiap bahagian Syarikat yang menerima Data Peribadi yang sedemikian. Kami menggunakan rangkaian-rangkaian data yang dilindungi oleh tembok api standard industri dan perlindungan kata laluan dan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi Anda daripada hilang, disalah guna, akses tanpa kebenaran, pendedahan, pengubahan atau kemusnahan.


III. MAKLUMAT PEMBAYARAN & BUTIRAN KAD KREDIT ANDA

A. Maklumat Pembayaran & Standard Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (PCIDSS)

Kami menggunakan pemproses bayaran pihak ketiga iPay88 (M) Sdn Bhd (“iPay88”) untuk memproses bayaran yang dibuat untuk produk dan perkhidmatan Kami. Maklumat pembayaran dalam talian Anda termasuk maklumat pengebilan akan Diproses oleh iPay88 bagi melaksanakan PCIDSS. Maklumat pengebilan Anda akan disulitkan sebelum disampaikan kepada iPay88 dan iPay88 akan menggunakan maklumat pengebilan Anda hanya untuk menjalankan langkah-langkah perlindungan penipuan.


B. Butiran Kad Kredit Anda

Semua butiran kad kredit Anda disampaikan secara terus daripada pelayar Anda kepada iPay88. Kami tidak pernah memiliki butiran penuh kad kredit Anda kecuali jenis kad kredit anda, nombor kad terlindung dengan hanya empat (4) digit terakhir, tarikh luput dan token yang berkaitan hanya jika Anda meminta butiran kad kredit Anda diingati untuk iPay88.

IV. KUKI LAMAN WEB

Kuki adalah mekanisme untuk menyimpan maklumat dengan meletakkan fail-fail data kecil yang boleh disimpan pada dan diakses daripada peranti Anda apabila Anda melawat laman web Kami. Apabila Anda melawat laman web Kami, mana-mana pihak ketiga yang dibenarkan atau Kami boleh meletakkan Kuki pada pelayar web Anda, untuk memungut maklumat mengenai aktiviti dalam talian Anda sepanjang masa dan merentasi tapak-tapak yang berlainan. Untuk maklumat lanjut tentang Kuki, sila lawati http://www.allaboutcookies.org.


A. Tujuan Menggunakan Kuki

Kami menggunakan kuki bagi tujuan-tujuan yang berikut:-


1)Perlindungan untuk identiti Anda

  • Untuk menyediakan fungsi “Simpan Kata Laluan” bagi laman-laman web untuk ahli-sahaja di mana Anda memasukkan ID dan kata laluan untuk melihat kandungan; atau
  • Untuk membantu ingat Anda untuk memasukkan semula kata laluan Anda bagi tujuan keselamatan selepas satu tempoh masa tertentu berlalu.

2)Penambahbaikan & Pengkhususan Pengalaman Pelayaran Anda

  • Untuk menganalisa akses Anda kepada laman web tersebut agar dapat menambah baik pengendaliannya atau untuk mengenal pasti punca kepada masalah-masalah pada laman web tersebut;
  • Untuk memaparkan iklan-iklan yang paling sesuai pada laman-laman web pihak ketiga berdasarkan minat Anda atau penggunaan laman web tersebut sebelum ini; atau
  • Untuk meningkatkan barangan dan perkhidmatan kami.

B. Jenis-Jenis Kuki yang Kami guna

1)Kuki Pihak Pertama & Pihak Ketiga

  • Kuki Pihak Pertama”ialah kuki kepunyaan Syarikat dan yang Kami letakkan pada Peranti Anda;
  • Kuki Pihak Ketiga” adalah kuki yang diletakkan oleh pihak lain selain daripada Kami melalui laman web Kami. Syarikat mungkin akan menyimpan dan merujuk kepada Kuki melalui pihak ketiga yang diupah oleh Syarikat untuk penyampaian iklan. Kami mungkin akan menghubungi penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang sedemikian untuk menghantar e-mel kepada Anda jika Anda telah memberikan maklumat hubungan Anda kepada Kami.

2)Kuki Berdasarkan Sesi

Kami menggunakan hanya“Kuki Berdasarkan Sesi”Kuki Berdasarkan Sesi wujud hanya semasa satu sesi dan hilang daripada peranti Anda selepas menutup pelayar Anda atau mematikan peranti Anda. Kami juga menggunakan mata arah web pada laman web kami dan dalam komunikasi melalui e-mel. Sebagai contoh, Kami mungkin akan meletakkan mata arah web dalam e-mel pemasaran yang memaklumkan kepada Kami apabila Anda klik pada satu pautan dalam e-mel yang mengarahkan Anda ke salah satu laman web Kami.


C. Pilihan Anda untuk Menguruskan Tetapan Kuki

1)Menyekat Kuki

  • Sekiranya anda ingin mengeluarkan Kuki yang telah disimpan sebelum ini, anda boleh memadamkan Kuki secara manual pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, kecuali dan sehingga Anda telah mengubah tetapan pelayar Anda supaya ia akan menyekat Kuki, sistem Kami akan mengeluarkan Kuki apabila Anda mengarahkan pelayar Anda ke laman web Kami;
  • Sekiranya Anda tidak mahukan Kuki pada peranti Anda, anda boleh mengubah tetapan pelayar Internet Anda untuk menolak tetapan semua atau sebahagian Kuki dan untuk memaklumkan kepada Anda apabila sesuatu Kuki diletakkan pada peranti Anda. Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk berbuat demikian, sila lawati www.allaboutcookies.org., atau rujuk bahagian ‘Bantuan’ / ‘Alat’ atau ‘Edit’ pelayar Anda.
  • Sekiranya Anda menyekat Kuki, Anda tidak akan dapat mengakses atau menggunakan semua atau sebahagian atau fungsi-fungsi laman web Kami.

2)Memilih untuk Tidak Menerima Kuki Penyasaran / Periklanan

Bagi memilih untuk tidak menerima Kuki penyasaran/periklanan, sila lawati http://preferences-mgr.truste.com , https://www.networkadvertising.org/choices/ dan/atau https://www.aboutads.info/choices.


3)Menetapkan Isyarat “Jangan Jejaki” (“DNT”)

Anda boleh menghalang penjejakan aktiviti dalam talian Anda dengan menetapkan isyarat DNT dalam pelayar Anda yang akan memaklumkan laman-laman web yang Anda lawati bahawa Anda tidak mahu mereka memungut maklumat tertentu mengenai Anda. Walau bagaimanapun, laman web Kami mungkin tidak mengenali atau mengambil tindakan sebagai respons kepada isyarat DNT daripada pelayar-pelayar web. Untuk maklumat lanjut tentang DNT, sila lawati https://allaboutdnt.com.


V. MENGAKSES DAN MENGUBAH DATA PERIBADI ANDA & MENUTUP AKAUN ANDA

A. Mengakses & Mengubah Data Peribadi Anda

2)

Kami hanya akan mendedahkan Data Peribadi kepada individu yang mendaftarkan Data Peribadi beliau dengan laman web Kami dan hanya selepas mengesahkan identiti pihak yang berdaftar tersebut.



B. Menutup Akaun Anda

Pada bila-bila masa, sekiranya Anda ingin menutup akaun Anda dengan kami, sila pergi ke ‘Akaun Saya’ dan pilih ‘Edit Maklumat Ahli’ untuk mengeluarkan akaun Anda daripada laman web Kami. Ini akan mengambil masa beberapa hari untuk melengkapkan proses pengeluaran tersebut.


VI. PEMBATASAN LIABILITI KAMI & TANGGUNGJAWAB ANDA

A. Pembatasan Liabiliti Kami

Walaupun Kami akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi Data Peribadi Anda yang disimpan dalam sistem Kami, Kami tidak dapat menjamin sepenuhnya keselamatan laman web Kami dan tidak memberi sebarang jaminan dan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan, kerosakan, kerugian, perbelanjaan, kos atau liabiliti walau apa jua pun (termasuk, tanpa had, sebarang kerosakan langsung atau tidak langsung ke atas kehilangan keuntungan, gangguan perniagaan atau kehilangan maklumat) akibat atau yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada sebarang insiden keselamatan disebabkan kegagalan perisian /perkakasan atau sebarang faktor lain yang mungkin menjejaskan keselamatan data walaupun selepas Kami telah melaksanakan langkah-langkah perlindungan yang munasabah dari segi komersial.


B. Tanggungjawab Anda

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Anda untuk mencegah akses yang tidak dibenarkan kepada akaun dan Data Peribadi Anda dengan melindungi kata laluan Anda dengan sewajarnya dan mengehadkan akses kepada peranti dan pelayar Anda dengan mendaftar keluar dengan betul selepas Anda selesai mengakses akaun Anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas, dan terikat dengan, semua tindakan atau ketiadaan tindakan oleh mana-mana orang yang menggunakan laman web Kami melalui akaun Anda. Kami tidak berkewajiban untuk menyiasat identiti, kuasa atau kapasiti mana-mana orang yang sedemikian dan berhak untuk bergantung kepada sebarang arahan yang diberikan oleh mana-mana orang yang mengakses atau menggunakan laman web ini melalui akaun Anda, walaupun jika ianya bercanggah dengan terma-terma mana-mana arahan lain yang Anda telah berikan sebelum ini.


Sekiranya Data Peribadi Anda termasuk maklumat akaun dicuri, hilang, rosak atau terjejas atau sekiranya Anda mengesyaki sebarang penggunaan data sedemikian tanpa kebenaran, Anda hendaklah dengan serta-merta memaklum kepada kami secara bertulis.

VII. PERUBAHAN-PERUBAHAN KEPADA POLISI PRIVASI INI

Anda mengakui bahawa Syarikat boleh secara berkala menukar, mengubah, menambah atau mengeluarkan atau sebaliknya mengemaskini Polisi Privasi Ini mengikut budi bicara Kami, tanpa memberi notis pendahuluan. Dalam hal yang sedemikian, Kami akan memaparkan notis yang jelas pada laman web sebelum tarikh-tarikh sebarang perubahan yang relevan berkuatkuasa. Kami menggalakkan Anda untuk menyemak secara berkala Polisi Privasi Ini untuk memastikan Anda menyedari tentang versi yang paling terkini. Sekiranya sebarang perubahan adalah tidak konsisten dengan peruntukan-peruntukan dalam Polisi Privasi Ini, dan apabila dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan yang terpakai, Kami akan, sama ada memaklumkan kepada Anda atau memberikan peluang kepada Anda memilih untuk mengeluarkan Data Peribadi Anda.

VIII. MAKLUMAT HUBUNGAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, soalan mengenai Data Peribadi Anda, Polisi Privasi ini atau ingin melaksanakan mana-mana hak anda, sila hubungi kami di alamat yang berikut. Permintaan anda akan tertakluk kepada pengecualian dan sekatan-sekatan berkanun yang ditetapkan oleh Akta dan/atau mana-mana undang-undang dan peraturan lain yang terpakai:


A. Pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami di inquiry.my@fujifilm.com

1) Pengurusan Data Peribadi Anda dalam laman web Kami

(contoh: Data Peribadi Anda tidak dikemaskini selepas Anda meminta untuk membuat kemaskini.); atau

2) Pengurusan Pilihan Pemasaran & Komunikasi Anda

(contoh: Anda tidak lagi ingin melanggan surat berita Kami.)


B. Pegawai Perlindungan Data Kami di fmal.dpo@fujifilm.com

1) Pertanyaan umum berkenaan hak-hak dan obligasi Anda di bawah Polisi Privasi ini;

2) Peningkatan hal-hal yang tidak selesai berkenaan pengurusan Data Peribadi Anda dengan Pasukan Perkhidmatan Pelanggan Kami; atau

3) Melaporkan insiden-insiden pelanggaran peraturan keselamatan yang disyakki, sebenar atau diancam berkaitan Data Peribadi Anda seperti Data Peribadi dicuri, hilang, rosak atau terjejas atau penggunaan Data Peribadi Anda tanpa kebenaran.

Kemaskini terakhir: 19 Ogos 2019

FUJIFILM (Malaysia) Sdn Bhd (205535-K)